Wednesday, December 29, 2010

Jelitawan vs Ilmuan..

Seorang jelitawan menghadiri satu bengkel kekeluargaan yang disampaikan oleh seorang ilmuwan.. Rupa paras ilmuan ini bak ukuran "langit dan bumi" jika hendak dibandingkan dengan jelitawan itu.. mungkin kerana rupanya itulah, dia masih membujang sepertimana catatan biodatanya yang dibacakan oleh pengerusi majlis..


Antara penyampaian kuliahnya yang amat menyentuh perasaan jelitawan itu adalah "kita perlu memastikan bahawa kita meninggalkan zuriat yang cemerlang, gemilang lagi terbilang.." mengingatkan rekod kelulusan SPMnya dulu semuanya score 9 kecuali subjek BM dapat 8, jelitawan ini mndekati ilmuan tadi ketika waktu rehat.. Sambil menikmati teh o bersebelahan dengan ilmuan itu, dia berbicara;


jeitawan: tuan, mahukan tuan mengawini saya?


ilmuan: apa tujuan cik sebenarnya..


jelitawan: saya amat terkesan dengan ceramah tuan tentang peri pentingnya menghasilkan zuriat yang hebat. saya memikirkan alangkah hebat kalau anak kita nanti secantik saya dan sepandai tuan.


ilmuan: mulia sungguh hasrat cik. tapi macam mana kalau yang terhasil sebaliknya??


jelitawan: maksud tuan??


ilmuan: saya bimbang anak yg bakal dilahirkan itu mewarisi kebodohan cik dan kehodohan saya..


jelitawan: jadi, teori saya tu tak bole pakai ke??


ilmuan: boleh, namun risikonya amat tinggi kerana kalau teori saya yang menjadi, anak kita itu pasti akan menjadi makhluk asing di bumi sendiri.. memadailah dgn apa yang saya sudah lalui dan rasai selama ini..


beredarlah mereka berdua bersama nostalgia prtemuan yang indah setelah bengkel tersebut tamat.. jelitawan pun pergi membawa wajahnya yang cantik sementara menanti hari tua untuk berkedut dan ilmuan pula pergi membawa akalnya sementara menanti hari tua untuk nyanyuk..


moral of the setori;

umat ini amat memerlukan zuriat yang hebat2, cemerlang, gemilang, terbilang dalam serba serbi di bawah suluhan dan naungan KEIMANAN..


RENUNGAN


Allah berfirman dalam surah maryam ayat 59,


"maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yg jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan"


dalam konteks ekonomi, Allah berfirman dalam surah an nisa ayat 9,


"dan hendaklah takut kepada Allah orang2 yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak2 yang lemah...."


ummah perlu mempunyai wawasan murni menyediakan zuriat yang hebat dalam perspektif agama.. wawasan sebegini yang dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran, surah ali imran ayat 38,


"ya tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. sesungguhnya Engkau maha pendengar doa"


dalam ayat lain, al Quran merakamkan yg maksudnya,


"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yang tetap mendirikan solat..."(surah ibrahim ayat 40)


Thursday, November 25, 2010

HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU

Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu. Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:

"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.

MARI BERSAMA MENUJU GENERASI QURANIK

Wednesday, January 20, 2010

KATAKAN KITA NIE...

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, kan? Apalah sangat duit seringgit, itu pun nak report polis.. Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini: Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwich dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya termenung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu duduk diam-diam, saya tengah nak makan sandwich ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.


" Apa kita rasa masa itu?? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda? Wallahualam.

Ketuk hati, koreksi diri..

JAWAPAN (TEKA TEKI) huhu..

Penyelesaian
Tanya kepada salah seorang daripada mereka, “Jika saya bertanya kepada orang di sebelah anda; yang mana satu jalan ke kampong?, apakah jawapan yang akan dia berikan?”
Jika anda bertanya kepada si pembohong, dia akan menunjukkan jalan yang salah. kerana si pembohong tahu kawannya akan menunjukkan jalan yang benar. tapi kerana dia suka berbohong dia akan menunjukkan sebaliknya.
Jika anda bertanya kepada orang yang bercakap benar, dia turut akan menunjukkan jalan yang salah. ini adalah kerana dia bercakap benar yang si pembohong akan menunjukkan jalan yang salah.
Jadi selepas itu anda lalulah jalan yang satu lagi yang akan membawa anda ke kampong berkenaan.
huhu..

Sunday, January 17, 2010

MUHASABAH BERSAMA PERMULAAN PERJUANGAN

Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong, di alam neraka? Sanggupkah engkau melihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan Allah? Dan kemudian mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat-sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja. Adik-adik, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita kita telah belajar erti kesusahan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama. Kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oeh al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw. Di hati-hati mereka tiada perasaan gentar dan takut selain dari Allah SWT.Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak perbuat! Amat besar kebencian di sisi Allah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya” (Surah AL-Saff:2-3).

Sebab itu sahabat-sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah saw mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepas tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Amin. Insya-ALlah.

Firman Allah SWT :

“ Hai orang –orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ”

Rounded Rectangular Callout: ERATKAN PERSAUDARAAN, HINDARI PERSENGKETAAN ( Muhammad:7 )

Thursday, January 14, 2010

JOM TEKA TEKI..huhu

SESAT!

Anda sedang berjalan ke satu kampong. semasa berjalan anda terjumpa simpang yang memepunyai 2 jalan. anda boleh sahaja melalui kedua-dua jalan tetapi hanya 1 jalan sahaja yang akan membawa anda ke kampong yang ingin anda tuju. anda bernasib baik kerana ada 2 orang lelaki sedang berdiri berhampiran simpang itu. Tetapi anda mempunyai masalah kerana salah seorang daripada mereka sentiasa berbohong dan seorang lagi sentiasa bercakap benar. masalahnya anda tidak tahu siapa antara mereka yang bercakap benar. Kerana mereka tidak berminat membantu anda, anda hanya dibenarkan bertanya hanya 1 soalan kepada salah seorang daripada mereka. Apakah soalan yang akan anda tanya?

ha..jawab2!!huhu..