Wednesday, January 20, 2010

KATAKAN KITA NIE...

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, kan? Apalah sangat duit seringgit, itu pun nak report polis.. Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini: Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwich dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya termenung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu duduk diam-diam, saya tengah nak makan sandwich ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.


" Apa kita rasa masa itu?? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda? Wallahualam.

Ketuk hati, koreksi diri..

JAWAPAN (TEKA TEKI) huhu..

Penyelesaian
Tanya kepada salah seorang daripada mereka, “Jika saya bertanya kepada orang di sebelah anda; yang mana satu jalan ke kampong?, apakah jawapan yang akan dia berikan?”
Jika anda bertanya kepada si pembohong, dia akan menunjukkan jalan yang salah. kerana si pembohong tahu kawannya akan menunjukkan jalan yang benar. tapi kerana dia suka berbohong dia akan menunjukkan sebaliknya.
Jika anda bertanya kepada orang yang bercakap benar, dia turut akan menunjukkan jalan yang salah. ini adalah kerana dia bercakap benar yang si pembohong akan menunjukkan jalan yang salah.
Jadi selepas itu anda lalulah jalan yang satu lagi yang akan membawa anda ke kampong berkenaan.
huhu..

Sunday, January 17, 2010

MUHASABAH BERSAMA PERMULAAN PERJUANGAN

Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong, di alam neraka? Sanggupkah engkau melihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan Allah? Dan kemudian mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat-sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja. Adik-adik, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita kita telah belajar erti kesusahan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama. Kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oeh al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw. Di hati-hati mereka tiada perasaan gentar dan takut selain dari Allah SWT.Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak perbuat! Amat besar kebencian di sisi Allah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya” (Surah AL-Saff:2-3).

Sebab itu sahabat-sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah saw mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepas tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Amin. Insya-ALlah.

Firman Allah SWT :

“ Hai orang –orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ”

Rounded Rectangular Callout: ERATKAN PERSAUDARAAN, HINDARI PERSENGKETAAN ( Muhammad:7 )

Thursday, January 14, 2010

JOM TEKA TEKI..huhu

SESAT!

Anda sedang berjalan ke satu kampong. semasa berjalan anda terjumpa simpang yang memepunyai 2 jalan. anda boleh sahaja melalui kedua-dua jalan tetapi hanya 1 jalan sahaja yang akan membawa anda ke kampong yang ingin anda tuju. anda bernasib baik kerana ada 2 orang lelaki sedang berdiri berhampiran simpang itu. Tetapi anda mempunyai masalah kerana salah seorang daripada mereka sentiasa berbohong dan seorang lagi sentiasa bercakap benar. masalahnya anda tidak tahu siapa antara mereka yang bercakap benar. Kerana mereka tidak berminat membantu anda, anda hanya dibenarkan bertanya hanya 1 soalan kepada salah seorang daripada mereka. Apakah soalan yang akan anda tanya?

ha..jawab2!!huhu..